Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, May 4, 2011

8.53 pagi : Ucapan Presiden PMRAM Menggegarkan Dewan Muktamar

8.53 pagi : Ucapan Presiden PMRAM selesai.

Beliau menekankan beberapa aspek, dan nilai-nilai fikrah PMRAM yang begitu besar peranannya dalam membentuk kecemerlangan individu.

Antaranya beliau menukilkan kalam Abi Darda :

Apabila Allah menginginkan kejahatan terhadap sesuatu kaum, Allah akan menyibukkan mereka dengan perdebatan dan mengalpakan mereka daripada bekerja untuk Islam.

Beliau berkata :

"Setelah kita keluar daripada dewan ini, kita wajib memahami intipati yang ingin dibawa oleh Islam, antaranya seperti roh berjemaah, pembinaan individu dan sebagainya"

"Kekuatan Islam tertunggak di atas elemen bekerja dan berjemaah, tidak cukup hanya salah satu elemen sahaja dengan mengabaikan salah satu yang lain. Maka, keseimbangan di antara kedua-dua elemen ini begitu penting".

No comments:

Post a Comment