Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, March 14, 2012

11.48 : Majlis Berakhir.

11.48 malam : Pengerusi Majlis menutup Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 dengan tasbih kafarah dan suratul 'asr.

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 telah melabuhkan tirainya. Ada 3 usul yang akan kita sama-sama perjuangkan bersama pimpinanan PMRAM sesi 2012 bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui iaitu :

1) Mengembalikan Hak PMRAM Di ARMA.
2) Memperkasa Hubungan Baik Diantara Mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.
3) Bersama Menjayakan Slogan "Kita PMRAM"


 ‎"Memartabatkan Keilmuan, Memimpin Kesatuan"

11.29 malam : Persembahan Nasyid Penutup

11.29 malam : Persembahan Nasyid penutup Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 yang dipersembahkan oleh kumpulan al-Wadi PMRAM.

Senarai Badan Pengurus dan AJK HEWI PMRAM Yang Kekal

Badan Pengurus PMRAM

1) Norhalis Syafiq Ahmad
2) Ahmad Baihaki Rashid
3) Nur Ahmad Wafiy Noor Azr
4) Zulhafeez Ahmad Zahidi
5) Ahmad Huzaifah Fauzi

AJK HEWI PMRAM

1) Nurul Hasanah Yahuza
2) Shazazierra Sharif
3) Nurul Nadirah Aw Mohd Nor
4) Nurlida Kelima
5) Norhashima Majid

11.23 malam : Bacaan Doa Rabithah

11.23 malam : Bacaan Doa Rabithah yang dibacakan oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Presiden PMRAM sesi 2012

11.25 malam : Nyanyian lagu PMRAM oleh perwakilan.

11.18 malam : Ucapan Oleh Presiden PMRAM 2012

11.18 malam : Setelah selesai taaruf setiap Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM, seterusnya taaruf dan ucapan oleh Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz bin Ali. Antara yang ditekankan oleh beliau ialah pentingnya untuk mempertahankan PMRAM sebagai wadah gerakan mahasiswa di Mesir dan sebagainya.

Beliau menyebut bahawa pembawakan PMRAM untuk sesi ini adalah bertemakan "Memartabatkan Keilmuan, Memimpin Kesatuan"

11.07 malam : Majlis Taaruf Badan Pengurus PMRAM

Setelah ucapan alu-aluan oleh Pengarah SPR, majlis diserahkan kepada Badan Pengurus PMRAM sesi 2012 bagi mentaarufkan diri. Senarai Badan Pengurus Baru dan barisan AJKT HEWI PMRAM boleh dirujuk dalam laman web rasmi SPR PMRAM

11.01 malam : Majlis Diserahkan Kepada Pengarah SPR PMRAM

11.01 malam : Majlis diserahkan kepada Pengarah SPR PMRAM, Saudara Mohd Adlyy bin Bukhari. Beliau sedang menceritakan tentang kronologi gerak kerja SPR PMRAM.

10.55 malam : Ucapan Presiden PMRAM

10.55 malam : Ucapan Penggulungan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman.

10.58 malam : Presiden PMRAM mengumumkan peletakan jawatan oleh semua Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sesi 2011. Majlis diserahkan kepada pengerusi umum.

10.49 malam : Ucapan Penasihat PMRAM

10.49 malam : Selesai ucapan semua Badan Pengurus PMRAM..

Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang dan Panatia)
Naib Presiden I (Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
Naib Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah)
Naib Presiden III (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
Setiausaha Agung
Timbalan Setiausaha Agung
Naib Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendaftaran)
Bendahari Kehormat
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Ketua Badan Ekonomi
Ketua Badan Sambutan dan Rehlah
Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

Ketika ini, ucapan disampaikan oleh Badan Penasihat PMRAM sesi 2011.

10.11 malam : Sesi Ucapan Penggulungan Oleh Badan Pengurus

10.11 Malam  : Presiden sebagai pengerusi muktamar menjemput kepada semua Barisan Badan Pengurus PMRAM untuk menyampaikan ucapan penggulungan.