Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, May 4, 2011

2.21 petang : 59.6% Mahasiswa Lulus Pada Sesi Ini

Ustaz Aziz, Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa memaklumkan tentang usaha PMRAM pada sesi ini, iaitu MANHAL telah memfokuskan gerak kerja kepada dua perkara, iaitu :

1. Semakan penulisan-penulisan ilmiah dari kalangan ahli-ahli PMRAM.

2. Penerbitan beberapa artikel ilmiah di dalam web rasmi MANHAL bagi menjawab beberapa isu semasa.

Dalam masa yang sama, MANHAL telah melakukan beberapa pembaharuan terhadap Himpunan Kertas Kerja Pustaka Alaf Azhar

Beliau memaklumkan lagi berkaitan statistik kecemerlangan ahli PMRAM :

1. Kelulusan keseluruhan sebanyak 59.6% dan gagal sebanyak 40.4%

2. Kelulusan ikhwah sebanyak 60.5% dan gagal sebanyak 39.5%

3. Kelulusan akhawat sebanyak 57.6% dan gagal sebanyak 42.4%

Beliau menyatakan lagi, bilangan mahasiswa yang menduduki pengajian di Peringkat MA (master) seramai 13 orang, manakala 1 orang di peringkat PhD .

No comments:

Post a Comment