Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, May 4, 2011

9.00 pagi : Gimik Perasmian Mempersembahkan Seni Beladiri

8.55 pagi : Majlis Perasmian disempurnakan oleh Presiden PMRAM

Gimik perasmian menyaksikan 2 ahli seni bela diri dari BKAN Johor mempersembahkan pertarungan seni bela diri sambil merebut gulungan kertas berwarna kuning.

Persembangan silat ini menyaksikan betapa PMRAM bersungguh-sungguh mempertahankan hak mahasiswa, seperti penafian hak PMRAM terhadap ARMA dan isu-isu yang lain.

Setelah selesai pertarungan tersebut, gulungan kertas kuning itu diserahkan kepada Presiden PMRAM bagi menandatangani di atasnya.

Seterusnya pameran buku yang mengandungi sejarah PMRAM 81 tahun, dan seterusnya Presiden PMRAM mengetuk gong sebanyak 3 kali bagi menyempurnakan majlis.

9.00 pagi : Pengarah Muktamar Kali ke 78 memberikan cenderahati kepada Presiden PMRAM atas kesudian untuk merasmikan muktamar.

9.02 pagi : Majlis ditangguhkan sebentar oleh Pengerusi Majlis, Ustaz Faizal bin Sulaiman daripada PMRAM Cawangan Damanhur.

No comments:

Post a Comment