Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, May 4, 2011

6.20 petang : Perbahasan Usul Kedua Agak Hangat


Seorang pembahas, Ustaz Firdaus bin Mazlan mencadangkan supaya ditambah satu item pada usul, iaitu menggesa pihak kerajaan supaya terus menghantar mahasiswa ke Mesir untuk sesi akan datang.

Beberapa pembahas masih lagi sedang membahaskan usul kedua ini.

"Di dalam perlembagaan persekutuan Perkara 12, hak-hak berkenaan Pelajaran : Tidak boleh ada mana-mana pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab agama,  kaum, keturunan dan lain-lain", kata Ustaz Afif Zuhdi perwakilan PMRAM Cawangan Syoubra mengukuhkan lagi usul yang dibawa oleh Ustaz Hanif bin Haron.

6.20 petang : Sehingga kini, perbahasan usul masih diteruskan.

No comments:

Post a Comment