Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, March 14, 2012

11.48 : Majlis Berakhir.

11.48 malam : Pengerusi Majlis menutup Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 dengan tasbih kafarah dan suratul 'asr.

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 telah melabuhkan tirainya. Ada 3 usul yang akan kita sama-sama perjuangkan bersama pimpinanan PMRAM sesi 2012 bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui iaitu :

1) Mengembalikan Hak PMRAM Di ARMA.
2) Memperkasa Hubungan Baik Diantara Mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.
3) Bersama Menjayakan Slogan "Kita PMRAM"


 ‎"Memartabatkan Keilmuan, Memimpin Kesatuan"

11.29 malam : Persembahan Nasyid Penutup

11.29 malam : Persembahan Nasyid penutup Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 yang dipersembahkan oleh kumpulan al-Wadi PMRAM.

Senarai Badan Pengurus dan AJK HEWI PMRAM Yang Kekal

Badan Pengurus PMRAM

1) Norhalis Syafiq Ahmad
2) Ahmad Baihaki Rashid
3) Nur Ahmad Wafiy Noor Azr
4) Zulhafeez Ahmad Zahidi
5) Ahmad Huzaifah Fauzi

AJK HEWI PMRAM

1) Nurul Hasanah Yahuza
2) Shazazierra Sharif
3) Nurul Nadirah Aw Mohd Nor
4) Nurlida Kelima
5) Norhashima Majid

11.23 malam : Bacaan Doa Rabithah

11.23 malam : Bacaan Doa Rabithah yang dibacakan oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Presiden PMRAM sesi 2012

11.25 malam : Nyanyian lagu PMRAM oleh perwakilan.

11.18 malam : Ucapan Oleh Presiden PMRAM 2012

11.18 malam : Setelah selesai taaruf setiap Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM, seterusnya taaruf dan ucapan oleh Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz bin Ali. Antara yang ditekankan oleh beliau ialah pentingnya untuk mempertahankan PMRAM sebagai wadah gerakan mahasiswa di Mesir dan sebagainya.

Beliau menyebut bahawa pembawakan PMRAM untuk sesi ini adalah bertemakan "Memartabatkan Keilmuan, Memimpin Kesatuan"

11.07 malam : Majlis Taaruf Badan Pengurus PMRAM

Setelah ucapan alu-aluan oleh Pengarah SPR, majlis diserahkan kepada Badan Pengurus PMRAM sesi 2012 bagi mentaarufkan diri. Senarai Badan Pengurus Baru dan barisan AJKT HEWI PMRAM boleh dirujuk dalam laman web rasmi SPR PMRAM

11.01 malam : Majlis Diserahkan Kepada Pengarah SPR PMRAM

11.01 malam : Majlis diserahkan kepada Pengarah SPR PMRAM, Saudara Mohd Adlyy bin Bukhari. Beliau sedang menceritakan tentang kronologi gerak kerja SPR PMRAM.

10.55 malam : Ucapan Presiden PMRAM

10.55 malam : Ucapan Penggulungan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman.

10.58 malam : Presiden PMRAM mengumumkan peletakan jawatan oleh semua Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sesi 2011. Majlis diserahkan kepada pengerusi umum.

10.49 malam : Ucapan Penasihat PMRAM

10.49 malam : Selesai ucapan semua Badan Pengurus PMRAM..

Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang dan Panatia)
Naib Presiden I (Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
Naib Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah)
Naib Presiden III (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
Setiausaha Agung
Timbalan Setiausaha Agung
Naib Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendaftaran)
Bendahari Kehormat
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Ketua Badan Ekonomi
Ketua Badan Sambutan dan Rehlah
Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

Ketika ini, ucapan disampaikan oleh Badan Penasihat PMRAM sesi 2011.

10.11 malam : Sesi Ucapan Penggulungan Oleh Badan Pengurus

10.11 Malam  : Presiden sebagai pengerusi muktamar menjemput kepada semua Barisan Badan Pengurus PMRAM untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

10.06 Malam : Pengumuman Anugerah Emas Bagi Akhawat PMRAM sesi 2011

10.06 Malam : Anugerah Emas bagi akhwat PMRAM sesi 2011 disandang oleh :


a) Saudari Masyitah bt Ghazali

Anugerah ini dianugerahkan oleh PMRAM atas begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh insan ini kepada PMRAM sejak sekian lama. Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Raisah PMRAM, Saudari Nurain Yaacob

9.55 Malam : Pengumuman Anugerah Emas Bagi Ikhwah PMRAM sesi 2011

9.55 Malam : Anugerah Emas bagi Ikhwah PMRAM sesi 2011 disandang oleh :


a) Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan 
b) Saudara Mohd Adlyy bin Bukhari





Anugerah ini dianugerahkan oleh PMRAM atas begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh dua insan ini kepada PMRAM sejak sekian lama. Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman.

9.53 Malam : Perwakilan Terbaik

9.53 Malam: Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman mengumumkan perwakilan terbaik peringkat Ikhwah dan Akhawat adalah seperti berikut :

a) Ikhwah

BKAN Wilayah

b) Akhawat

DPM Zaqziq

9.50 Malam : Pengumuman BKAN Terbaik

9.50 Malam : Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman mengumumkan BKAN terbaik peringkat Ikhwah dan Akhawat adalah seperti berikut :

a) Ikhwah

BKAN : Selangor
DPM : Syubro

b) Akhawat

BKAN : Melaka
DPM : Zaqziq

9.45 Malam : Pemilihan Juru Audit

9.45 Malam : Pemilihan juruaudit PMRAM untuk sesi 2012 adalah seperti berikut :

a) Adib Mohd Fadzil
b) Syazwan Syamil bin Mohd Razman
c) Fikry Hakim bin Fahdlullah
d) Umar Izuddin bin Ramli

9.41 malam : Undian Berkenaan Usul Ketiga

9.41 malam : Usul ketiga yang dibawakan oleh Saudara Abdul Aziz Ali terpaksa dibuat undi untuk memilih samada dikekalkan matan asal atau diubah. Selepas membuat undian, majoriti perwakilan bersetuju dengan matan tersebut yang berbunyi "Menjayakan slogan Kita PMRAM"

8.59 malam : Perbahasan Usul Diteruskan Dengan Usul yang Terakhir

8.59 malam : Perbahasan Usul diteruskan dengan usul yang terakhir iaitu "Menjayakan slogan Kita PMRAM" yang dibawa oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali.


8.57 Malam : Usul Kedua Diterima

8.57 Malam : Usul Kedua yang berbunyi "Memperkasakan hubungan di antara Mahasiswa Pengajian Islam dan Mahasiswa Sains Kesihatan" diterima sebulat suara oleh para perwakilan muktamar tanpa bantahan.

8.07 malam : Perbahasan Usul Diteruskan Dengan Usul yang Kedua.

8.07 malam : Perbahasan Usul diteruskan dengan usul yang kedua iaitu, "Memperkasakan hubungan di antara Mahasiswa Pengajian Islam dan Mahasiswa Sains Kesihatan" yang dibahaskan oleh Saudara Mohd Mujahid bin Hj Ir Fadzil.

8.05 pm : Usul Pertama Diluluskan

8.05 pm : Hasil daripada perbahasan usul yang pertama, majoriti bersetuju dengan usul tersebut dengan matan yang berbunyi "Mengembalikan hak PMRAM di ARMA"

7.28 malam : Antara Pembahas Bagi Usul Pertama

Antara pembahas bagi usul "Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA"





6.53 pm : Perbahasan Usul Pertama Dimulakan


6.53 pm : Perbahasan Usul Pertama dimulakan dengan usul yang pertama iaitu, "Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA" oleh Saudara Mohd Bazli bin Badaruddin.

6.45 pm : Agenda Perbahasan Usul Akan Bermula

6.45 pm : Agenda selepas ini, telah diumumkan oleh Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Firdauz bin Noh dengan membacakan 3 usul yang bakal dibahaskan, iaitu :

a. Mengembalikan hak PMRAM di ARMA

b. Menjayakan slogan Kita PMRAM

c. Memperkasakan hubungan di antara Mahasiswa Pengajian Islam dan Mahasiswa Sains Kesihatan.

6.42 Malam : Penyata Kewangan PMRAM 2011 Diluluskan



6.42 Malam : Penyata Kewangan PMRAM 2011 telah diluluskan. Maklumat kelulusan seperti di bawah :

Pencadang : Abdul Fatah bin Hamzah (Mansurah)
Penyokong : Mohd Syazwan Syamil bin Mohd Razman (Wilayah Persekutuan)
Tarikh : 14 Mac 2012
Tempat : Dewan Nadi Riadhi
Hari : Rabu

6.49 Malam : Dibuka untuk penjelasan.
6.50 Malam :  Seorang perwakilan mencadangkan agar ditukar kepada agenda seterusnya dan disokong oleh perwakilan yang lain.

6.35 Malam : Perbahasan Penyata Kewangan PMRAM sesi 2011 Disambung

6.35 Malam : Perbahasan penyata kewangan PMRAM sesi 2011 disambung semula selepas selesai waktu rehat dan solat Maghrib untuk para perwakilan.

5.53 petang : Sesi Perbentangan Belanjawan PMRAM 2011 Berhenti Seketika.

5.53 petang : Sesi perbentangan belanjawan PMRAM 2011 berhenti seketika untuk memberi peluang kepada para perwakilan untuk solat maghrib dan makan.

5.27 petang : Sesi Pembentangan Kewangan PMRAM sesi 2011


5.27 petang : Sesi pembentangan kewangan PMRAM sesi 2011 yang dibentangkan oleh Bendahari Agung PMRAM, Ustaz Ahmad Baihaqi bin Rasyid.

4.50 petang : Sesi Persidangan Soal Jawab Laporan PMRAM 2011 Bermula

4.50 petang : Sesi persidangan soal jawab laporan PMRAM 2011 bermula setelah para perwakilan dan pimpinan PMRAM berehat untuk solat Asar.

4.51 petang : Setiausaha sidang sesi petang dipanggil kehadapan untuk mencatat segala minit mesyuarat yang akan dibincangkan pada sesi petang ini.

4.17 pm : Muktamar Ditangguhkan Buat Sementara Waktu

4.17 pm : Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman mencadangkan kepada sidang muktamar untuk berhenti berehat sebentar. Muktamar berhenti berehat selepas mendapat sokongan daripada seorang perwakilan.

4.14 pm : Kutipan Zakat PMRAM Sesi 2011

4.14 pm : Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid, Bendahari PMRAM mengumumkan nilai zakat yang berjaya dikutip oleh PMRAM pada sesi ini adalah sebanyak LE 14 681


4.05 pm : Keahlian Terkini PMRAM Diumumkan


4.05 petang : Saudara Norhalis Syafiq bin Ahmad, Naib Setiausaha Agung merangkap Ketua Lajnah Pendaftaran PMRAM mengumumkan keahlian PMRAM terkini:

a. Lelaki : 3081
b. Akhawat : 2954

Jumlah : 6035 orang ahli.

Manakala pelajar pengajian Sains Kesihatan (perubatan) yang telah berdaftar dengan PMRAM seramai 395 orang dan seramai 127 daripada mereka berdaftar pada tahun 2011.

3.45 pm : Penjelasan Daripada BP PMRAM

3.45 petang : Sesi soalan dibuka sehingga menerima sekitar 40 soalan. Setelah selesai sesi soalan, tibalah sesi jawapan dan penjelasan daripada barisan Badan Pengurus PMRAM.

Beberapa gambar ketika sesi soalan :








3.02 petang : Sesi Soal Jawab Masih Berlangsung

3.02 petang : Sesi Soal jawab masih lagi berlangsung. Kelihatan begitu ramai perwakilan yang bangkit beratur untuk menanyakan soalan berkenaan laporan PMRAM sesi 2011.

2.18 pm : Pembentangan Laporan Muktamar Sesi Kedua


2.18 pm : Muktamar disambung semula dengan pembentangan laporan berikut :

a. Jabatan Setiausaha Agung
b. Bendahari Kehormat
c. Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
d. Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
e. Badan Penerangan dan Penerbitan
f. Badan Ekonomi
g. Badan Sambutan dan Rehlah
h. Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

2.07 petang : Persidangan Muktamar Bersambung Semula

2.07 petang : Persidangan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 79 disambung kembali setelah memberi waktu kepada para pimpinan dan perwakilan menunaikan solat dan makan tengahari.

2.09 petang : Persidangan sebelah petang dimulakan dengan nyanyian lagu PMRAM oleh para perwakilan


1.09 petang : Persidangan Muktamar Sanawi kali ke 79 Berhenti Rehat

1.09 petang : Persidangan Muktamar Sanawi kali ke 79 berhenti rehat seketika untuk memberi peluang kepada para perwakilan untuk solat dan makan tengahari. 

Persidangan akan bermula kembali pada jam 2.00 petang nanti.

12.51 tghari : Beberapa Kaji Selidik Jabatan Nuqaba PMRAM

Beberapa kaji selidik yang dibentangkan oleh Saudara Faizuddin Ghazali, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011 :

Bilangan Fasilitator PMRAM : 337

Bilangan Timbalan Fasilitator : 147

Bilangan Muzakarah Berkelompok : 337

1. Adakah usrah anda dijalankan setiap minggu?

o Seminggu sekali : 78 %
o 2 minggu sekali : 15 %
o Sebulan sekali : 4 %
o Tidak jalankan usrah : 3 %

2. Peratusan kehadiran ahli usrah?

o 0 - 25 % : 7 %
o 25 - 50 % : 22 %
o 50 - 80 % : 29 %
o 80 – 100 % : 42 %

3. Komitmen ahli usrah terhadap usrah

o Cemerlang : 12 %
o Baik : 62 %
o Memuaskan : 19 %
o Kurang baik : 7 %

12.39 tghari : Beberapa Kaji Selidik Yang Dibentangkan

Beberapa kaji selidik yang dibentangkan di dalam sesi soal jawab ialah :

a. 11 Kes kecurian (Hisbah)
b. 44 ahli PMRAM di ARMA (Perancang)
c. 79 % keberjayaan program Kolokium Ilmuan PMRAM
d. 3 Kes ragut (Hisbah)
e. 77 Kes keluar malam tanpa musyrif (Hisbah)

dan lain-lain

11.44 pagi : Gambar Sekitar Muktamar







11.32 pagi : Beberapa Soalan Yang Dilontarkan


Di dalam sesi ini, antara soalan atau penjelasan yang dilontarkan ialah :

a. Hubungan PMRAM dengan pihak antarabangsa
b. Usaha untuk memastikan kelangsungan mahasiswa di muhafazah
c. Pendirian PMRAM dalam isu mazhab yang berlaku di Syria
d. Kolokium Ilmuan PMRAM bagi mahasiswa di muhafazah
e. Jam'iyyah Syar'iyyah dan penerima sumbangan tersebut
f. Perkaderan pelapis melalui aktiviti-aktiviti PMRAM
g. Isu Tanah ARMA

11.23 pagi : Sekitar Soal Jawab Sesi Pembentangan Laporan

Antara perwakilan yang meminta penjelasan terhadap Laporan Majlis Presiden PMRAM 2011






10.55 pagi : Sesi Pembentangan Laporan Tahun 2011

10.55 pagi : Sekarang dibuka sesi pembentangan laporan yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung PMRAM.

10.58 pagi : Laporan PMRAM sesi 2011 bagi jawatan :

a) Presiden (Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa)
b) Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang dan Panatia)
c) Naib Presiden I (Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
d) Naib Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah)
e) Naib Presiden III (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)

Laporan dibuka untuk dinilai dan dimuhasabahkan oleh para perwakilan.

11.05 pagi : Sehingga kini, soal-jawab tentang Laporan PMRAM 2011 masih berlangsung

10.53 pagi : Antara Hal-Hal Yang Dibangkitkan

Antara perwakilan yang melontarkan hal-hal berbangkit

10.53 pagi : Antara perkara yang dibangkitkan di dalam sesi hal-hal berbangkit adalah berkenaan :

a) PROSMA.
b) Kebajikan ahli.
c) Kedai PMRAM.
d) Pelajar Perubatan.
e) Pengajian tafaquh bersama para masyaikh.

10.46 pagi : Masih Dalam Sesi Hal hal Berbangkit

10.46 pagi : Muktamar masih dalam sesi hal hal berbangkit. Gambar di bawah adalah antara perwakilan yang melontarkan persoalan dalam sesi ini.





10.30 pagi : Minit Muktamar kali ke 78 Disahkan



10.30 pagi : Minit Muktamar PMRAM kali ke 78 telah diluluskan. Maklumat kelulusan seperti di bawah :

Pencadang : Zuhaikal bin Abd Rahim (Zagazig)
Penyokong : Nurul Fazliana binti Idris (Kedah)
Tarikh : 14 Mac 2012
Tempat : Dewan Nadi Riadhi
Hari : Rabu

10.33 pagi : Dibuka untuk perkara perkara berbangkit

10.15 pagi : Pembentangan Minit Muktamar Kali ke 78

10.15 pagi : Pembentangan Minit Muktamar PMRAM kali ke 78 oleh Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Mohd Firdauz Noh. Beliau turut membacakan etika etika bertanya dan beberapa pembetulan sebelum membentangkan minit tersebut.



10.14 pagi : Pelantikan Pengira Undi

10.14 pagi : Pelantikan Pengira Undi :

a. Arif Hamzah (Johor)
b. Siti Zakiah binti Zulkifli (Kedah)
c. Khairun Mawaddah Baharum (Selangor)
d. Nuzul Hakimi bin Ibrahim (Mansurah)

10.10 pagi : Pelantikan Setiausaha Sidang

10.08 pagi : Pelantikan Setiausaha Sidang bagi sesi pertama :

a. Mohd Zulazri bin Zainal (Zagazig)
b. Mohd Azuan bin Abd Aziz (Selangor)

10.10 pagi : Pelantikan Setiausaha Sidang bagi sesi kedua :

a. Mohd Ariff bin Khusairi
b. Syed Nasiruddin bin Syed Othman (Tanta)

10.04 pagi : Persidangan Muktamar Dimulakan.

10.04 pagi : Persidangan muktamar dimulakan dan dipengerusikan oleh Presiden PMRAM 2011, Ustaz Zuhaili Bin Saiman.

10.05 pagi : Perlantikan setiausaha sidang seramai empat orang.

10.00 pagi : Perarakan Masuk Badan Pengurus PMRAM

10.00 pagi : Perarakan masuk Badan Pengurus PMRAM ke dalam dewan untuk mengambil tempat di hadapan dengan berpakaian seragam dan unik bertemakan Sejarah Turki Uthmaniah