Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, May 4, 2011

3.45 petang : Usul Pertama Masih Dibahaskan Oleh Beberapa Perwakilan

Usul pertama yang telah dibahaskan oleh Ustaz Fahmi bin Abd Rashid diteruskan lagi dengan perbahasan oleh beberapa orang perwakilan, antaranya Ustaz Mun'im dan Ustaz Abu Jihad.

Mereka mengetengahkan isu-isu yang telah merosakkan sensitiviti mahasiswa. Antaranya isu penafian zakat, isu penghapusan BKASM dan sebagainya. Masing-masing membangkitkan hak PMRAM Cawangan Melaka untuk bergerak secara sah.

Ketika ini, Ustaz Abu Jihad sedang membahaskan usul pertama ini.

No comments:

Post a Comment