Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Sunday, April 3, 2011

Pengumuman

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini membuka secara rasminya pintu usul Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-78 bermula pada 25 April 2011 sehingga 30 April 2011. Setiap usul yang ingin dicadangkan kepada pihak PMRAM, boleh dihantar sama ada melalui emel rasmi PMRAM; pmram30@yahoo.com atau pmram1930@yahoo.com atau suagung@pmram.org atau boleh terus menghantar usul tersebut ke pejabat PMRAM. Pihak PMRAM amat mengalu-alukan bagi mereka yang ingin menghantar usul kepada pihak pentadbiran PMRAM untuk dibawa ke persidangan muktamar yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei 2011.