Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, May 4, 2011

10.56 pagi : Beberapa Ulasan Presiden Tentang Hubungan PMRAM

Jawapan daripada Presiden PMRAM tentang beberapa hubungan PMRAM dengan pihak luar :

1. Mengadakan beberapa pertemuan dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bersama Yang Dipertua Anak Negeri, bagi membincangkan beberapa masalah berkaitan keselamatan, evakuasi dan sebagainya.

2. Pertemuan dengan wakil JAKIM ketika menyelesaikan proses evakuasi.

3. Pertemuan bersama Duta baru ke Mesir, Prof Madya Dr Fakhruddin Abd Mokti, ketika tiba di bumi Mesir. Beberapa kes keselamatan di bumi Mesir telah disenaraikan di peringkat PMRAM dan diserahkan kepada beliau.

4. Di dalam program HATI PMRAM, KBMK telah mengambil ruang untuk membuat pameran, membuktikan hubungan baik di antara PMRAM dan KBMK.

5. Di dalam program HEMAT PMRAM, wakil daripada pegawai KBMK telah diberikan ruang untuk menyampaikan pengisian kepada semua mahasiswa yang bakal pulang ke tanahair.

6. Membuat pertemuan dengan pegawai-pegawai Anak Negeri bagi membincangkan masalah Hisbah, Kebajikan dan Pendidikan. Kesemua pegawai bersetuju untuk bekerjasama di dalam isu ini.

7. PMRAM menerima undangan wakil persatuan mahasiswa Marocco, dan menjemput beberapa wakil persatuan Mahasiswa Melayu di Yaman dan Syria bagi menghadiri program KEKAL PMRAM 2010.

8. Mengadakan hubungan dengan Pegawai Pendidikan al Azhar bagi menyelesaikan masalah kenaikan nama di dalam peperiksaan kemasukan.

9. Mengadakan hubungan rasmi dengan beberapa NGO Mesir, antaranya Markas Nil bagi meningkatkan prestasi Bahasa Arab mahasiswa Melayu di bumi Mesir.

10. Hubungan dengan Jam'iyyah Syar'iyyah bagi mengurankan masalah kebajikan.

11. PMRAM dijemput untuk mempersembahkan nasyid di dalam program Sambutan Maal Hijrah peringkat al Azhar di Dewan ACC.

12. PMRAM dijemput untuk menghadiri beberapa program peringkat al Azhar seperti Seminar Pemikiran Hasan Basri, Nadwah Muslimah dan banyak lagi.

13. PMRAM juga mempunyai hubungan yang kuat bersama Amnu Daulah bagi masalah keselamatan di bumi Mesir, seperti kes ragut, pecah rumah dan sebagainya.

Dan banyak lagi...

Presiden PMRAM berkata :

Ini membuktikan bahawa kewujudan dan peranan PMRAM dirasai di tengah-tengah masyarakat Mesir bagi menyelesaikan masalah mahasiswa Melayu di sini dari sudut kebajikan, pendidikan dan keselamatan.

Sehingga kini, Presiden PMRAM masih lagi menjawab beberapa persoalan yang diajukan.

No comments:

Post a Comment