Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Wednesday, March 14, 2012

10.06 Malam : Pengumuman Anugerah Emas Bagi Akhawat PMRAM sesi 2011

10.06 Malam : Anugerah Emas bagi akhwat PMRAM sesi 2011 disandang oleh :


a) Saudari Masyitah bt Ghazali

Anugerah ini dianugerahkan oleh PMRAM atas begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh insan ini kepada PMRAM sejak sekian lama. Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Raisah PMRAM, Saudari Nurain Yaacob

9.55 Malam : Pengumuman Anugerah Emas Bagi Ikhwah PMRAM sesi 2011

9.55 Malam : Anugerah Emas bagi Ikhwah PMRAM sesi 2011 disandang oleh :


a) Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan 
b) Saudara Mohd Adlyy bin Bukhari





Anugerah ini dianugerahkan oleh PMRAM atas begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh dua insan ini kepada PMRAM sejak sekian lama. Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman.

9.53 Malam : Perwakilan Terbaik

9.53 Malam: Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman mengumumkan perwakilan terbaik peringkat Ikhwah dan Akhawat adalah seperti berikut :

a) Ikhwah

BKAN Wilayah

b) Akhawat

DPM Zaqziq

9.50 Malam : Pengumuman BKAN Terbaik

9.50 Malam : Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili bin Saiman mengumumkan BKAN terbaik peringkat Ikhwah dan Akhawat adalah seperti berikut :

a) Ikhwah

BKAN : Selangor
DPM : Syubro

b) Akhawat

BKAN : Melaka
DPM : Zaqziq

9.45 Malam : Pemilihan Juru Audit

9.45 Malam : Pemilihan juruaudit PMRAM untuk sesi 2012 adalah seperti berikut :

a) Adib Mohd Fadzil
b) Syazwan Syamil bin Mohd Razman
c) Fikry Hakim bin Fahdlullah
d) Umar Izuddin bin Ramli

9.41 malam : Undian Berkenaan Usul Ketiga

9.41 malam : Usul ketiga yang dibawakan oleh Saudara Abdul Aziz Ali terpaksa dibuat undi untuk memilih samada dikekalkan matan asal atau diubah. Selepas membuat undian, majoriti perwakilan bersetuju dengan matan tersebut yang berbunyi "Menjayakan slogan Kita PMRAM"

8.59 malam : Perbahasan Usul Diteruskan Dengan Usul yang Terakhir

8.59 malam : Perbahasan Usul diteruskan dengan usul yang terakhir iaitu "Menjayakan slogan Kita PMRAM" yang dibawa oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali.


8.57 Malam : Usul Kedua Diterima

8.57 Malam : Usul Kedua yang berbunyi "Memperkasakan hubungan di antara Mahasiswa Pengajian Islam dan Mahasiswa Sains Kesihatan" diterima sebulat suara oleh para perwakilan muktamar tanpa bantahan.

8.07 malam : Perbahasan Usul Diteruskan Dengan Usul yang Kedua.

8.07 malam : Perbahasan Usul diteruskan dengan usul yang kedua iaitu, "Memperkasakan hubungan di antara Mahasiswa Pengajian Islam dan Mahasiswa Sains Kesihatan" yang dibahaskan oleh Saudara Mohd Mujahid bin Hj Ir Fadzil.

8.05 pm : Usul Pertama Diluluskan

8.05 pm : Hasil daripada perbahasan usul yang pertama, majoriti bersetuju dengan usul tersebut dengan matan yang berbunyi "Mengembalikan hak PMRAM di ARMA"