Makluman Liputan Secara Langsung

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung dan gambar-gambar perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke-79 disini pada 14 Mac 2012. Lintas langsung dari Dewan Nadi Riadhi, Seksyen 6, Bandar Nasr, Kaherah, Mesir. Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

Thursday, May 5, 2011

9.30 mlm. Majlis tamat.

Majlis ditamatkan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ust Abd Malik Abd Karim, Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.


Wednesday, May 4, 2011

Gambar Sesi Taaruf Badan Pengurus Dan HEWI PMRAM 2011 (II)





Gambar Sesi Taaruf Badan Pengurus Dan HEWI PMRAM 2011 (I)





Senarai Badan Pengurus Kekal

1. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien
2. Ustaz Faizuddin bin Ghazali
3. Ustaz Huzaifah bin Fauzi
4. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi
5. Ustaz Firdauz Noh

* Ustaz Aziz Ali masih menjadi BP setelah bertanding.

Gambar Kenangan Mantan BP dan BP Kekal. Jasamu Dikenang












9.17 malam : Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke 78 Ditangguhkan

Majlis menyerahkan kepada Ustaz Abd Malik bin Abd Karim bagi memimpin bacaan doa. Seterusnya Muktamar PMRAM Kali ke 78 ditangguhkan pada jam 9.20 malam.

9.11 malam : Anugerah Sempena Muktamar 78

9.11 malam : Setelah majlis pengisytiharan oleh Pengarah SPR, majlis diteruskan oleh Pengerusi Umum, dengan mengumumkan beberapa anugerah :

Perwakilan terbaik : PMRAM Cawangan Syoubra

Perwakilan akhawat terbaik : PMRAM Cawangan Iskandariah

BKAN Terbaik :

1. PMRAM Cawangan Kelantan
2. PMRAM Cawangan Selangor
3. PMRAM Cawangan Perak

DPM Terbaik :

1. PMRAM Cawangan Tanta
2. PMRAM Cawangan Zagazig
3. PMRAM Cawangan Iskandariah

9.07 malam : Alunan Lagu PMRAM Versi Lama

Setelah selesai ucapan daripada Presiden PMRAM, beliau meminta agar para hadirin mengalunkan lagu PMRAM versi lama. Sehingga kini, lagu masih dialunkan. Mohon maaf kerana gambar agak lambat diupdate buat masa ini kerana masalah line internet yang agak berat.

8.58 malam : Ucapan Oleh Presiden PMRAM 2011

8.58 malam : Setelah selesai taaruf setiap Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM, seterusnya ucapan oleh Presiden PMRAM 2011. Antara yang ditekankan oleh beliau ialah penghapusan fikrah yang merosakkan fikrah Islam, kepentingan berintima', bekerja untuk Islam dan sebagainya.

8.45 malam : Majlis Taaruf Badan Pengurus PMRAM

Setelah ucapan alu-aluan oleh Pengarah SPR, majlis diserahkan kepada Badan Pengurus PMRAM sesi 2011 bagi mentaarufkan diri. Senarai Badan Pengurus Baru dan barisan AJKT HEWI PMRAM boleh dirujuk dalam laman web rasmi SPR PMRAM

8.38 malam : Majlis Diserahkan Kepada Pengarah SPR PMRAM

8.38 malam : Majlis diserahkan kepada Pengarah SPR PMRAM, Ustaz Abdul Somad bin Abd Aziz. Beliau sedang menceritakan tentang kronologi gerak kerja SPR PMRAM.

8.29 malam : Ucapan Presiden PMRAM

8.29 malam : Ucapan Presiden PMRAM

8.35 malam : Presiden PMRAM mengumumkan peletakan jawatan oleh semua Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Majlis diserahkan kepada pengerusi umum

8.25 malam : Ucapan Penasihat PMRAM

Selesai ucapan semua Badan Pengurus PMRAM..

Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang dan Panatia)
Naib Presiden I (Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
Naib Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah)
Naib Presiden III (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
Setiausaha Agung
Timbalan Setiausaha Agung
Naib Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendaftaran)
Bendahari Kehormat
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Ketua Badan Ekonomi
Ketua Badan Sambutan dan Rehlah
Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

Ketika ini, ucapan disampaikan oleh Ustaz Abdul Malek bin Abd Karim, Penasihat PMRAM sesi 2010.

8.04 malam : Sesi Ucapan Penggulungan Oleh Badan Pengurus

8.04 malam : Presiden sebagai pengerusi muktamar menjemput kepada semua Barisan Badan Pengurus PMRAM untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

8.00 malam : Pelantikan Juru Audit PMRAM

7.59 malam : Selesai sesi Muhasabah dan Cadangan

8.00 malam : Presiden membuka ruang untuk cadangan sebagai juru audit PMRAM bagi sesi 2011.

Cadangan juru audit :

Ustaz Abdullah Syahrul bin Rosli
Ustaz Anas Zharif bin Harun

juru audit simpanan :

Ustaz Hamizan
Ustaz Haikal Che Shamsuddin

Gambar-gambar Ketika Waktu Rehat Di Ruang Dewan




PRISMA terbitan PMRAM.. dapatkan secara percuma

7.29 petang : Muktamar Bersambung Semula

7.29 malam : Muktamar bersambung semula. Pengerusi umum, Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin menjemput para Badan Pengurus PMRAM untuk mengambil tempat di hadapan.

7.30 malam : Majlis diserahkan kepada Presiden PMRAM sebagai Pengerusi Muktamar. Muktamar bersambung dengan Agenda Muhasabah dan Cadangan.

Gambar Wajah-wajah Perwakilan Yang Membahas Usul Ke 2





6.52 petang : Majlis Ditangguhkan Oleh Presiden

6.50 petang : Sesi perbahasan usul kedua selesai dengan sepakat untuk menerima usul kedua ini.

6.52 petang : Majlis ditangguhkan bagi Solat Magrib.

6.53 petang : Para perwakilan dan VIP keluar dari Dewan Muktamar.

6.36 petang : Beberapa Isi Perbahasan Perwakilan Tentang Usul Ke 2


"En. Khairi, Pegawai Atase EM pernah berkata kepada saya ketika kunjungan beliau yang tidak berjemput ke bumi Zagazig.. beliau berkata bahawa beliau telah menghantar memorandum kepada 7 buah negeri bagi membatalkan penghantaran mahasiswa ke bumi Mesir" kata Ustaz Zuhaili bin Zanal Ali, Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig.

"Kita perlu usahakan untuk meneruskan kelangsungan mahasiswa ke bumi Mesir, untuk memberi kefahaman agama untuk masyarakat di Malaysia.. apabila pelapis-pelapis ulama ini dihapuskan, maka akan wujudlah jahiliyyah di bumi Malaysia.." Kata Ustaz Nazrul bin Nasir berkenaan usul ini.

6.20 petang : Perbahasan Usul Kedua Agak Hangat


Seorang pembahas, Ustaz Firdaus bin Mazlan mencadangkan supaya ditambah satu item pada usul, iaitu menggesa pihak kerajaan supaya terus menghantar mahasiswa ke Mesir untuk sesi akan datang.

Beberapa pembahas masih lagi sedang membahaskan usul kedua ini.

"Di dalam perlembagaan persekutuan Perkara 12, hak-hak berkenaan Pelajaran : Tidak boleh ada mana-mana pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab agama,  kaum, keturunan dan lain-lain", kata Ustaz Afif Zuhdi perwakilan PMRAM Cawangan Syoubra mengukuhkan lagi usul yang dibawa oleh Ustaz Hanif bin Haron.

6.20 petang : Sehingga kini, perbahasan usul masih diteruskan.

5.44 petang : Perbahasan Usul Bersambung Semula Oleh Ustaz Hanif Haron


Setelah perbahasan usul pertama selesai sebelum Solat Asar tadi, kali ini perbahasan usul kedua pula bermula. Usul dibawa oleh Ustaz Mohd Hanif bin Haron. Usul yang dibawa oleh beliau berkisar tentang : mempertahankan kelangsungan mahasiswa di mesir melalui beberapa tindakan :

1. Mengemaskini sistem pengajian ahli

2. Mempertingkatkan hubungan dengan NGO-NGO di mesir seperti WAMY, WAAG, Markas-markas Bahasa dan sebagainya.

3. Mengadakan hubungjalin di antara ILMAM dan PMRAM.

4. Mengkaji sumber tenaga manusia di peringkat PMRAM.

5.39 petang : Lagi Keratan Filem "Jasa Mereka"









5.31 petang : Beberapa Keratan Filem "Jasa Mereka"












Tan Sri Wan Mokhtar, YDP PMRAM ketika PMRAM menerima hadiah sebidang tanah yang menjadi tapak ARMA ketika ini.